ss_blog_claim=3e548d342c6cc9959ed82fd593eb8d0a

Pengajaran Buat Zarina An-Julie

Entertainment June 1st, 2008

This post is her feedback from the previous post here.

Malay Version



Biarpun mengakui kesilapan diri, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini tetap dikecam hebat, malah ramai menyifatkannya tidak serik dihambat kontroversi. Mari kita ikuti penjelasan lanjut pelakon siri Anak Pontianak ini.

METRO AHAD (MA): Reaksi pertama apabila mengetahui gambar berkenaan tersebar di internet dan terpampang di media?

ZARINA (Z): Sudah tentu terkejut dan tertekan. Ia tamparan hebat, tetapi saya tidak boleh merungut kerana ia kesilapan sendiri. Yang boleh saya lakukan hanya mengakui kesilapan dan banyak sabar. Bagaimanapun, saya kecewa apabila ibu bapa turut diheret ke dalam kontroversi ini. Sejak gambar itu tersebar di internet, mereka terpaksa menjawab banyak panggilan. Ini bukan salah mereka, tapi kecuaian saya.



MA: Yang paling mengguris hati anda?

Z: Saya tidak kisah orang marah sebab itu memang salah saya. Benda dah berlaku, saya bersedia tanggung akibatnya. Namun saya sedih bila orang mengaitkan ibu bapa. Ada yang tergamak cakap ibu bapa patut mati daripada melahirkan anak seperti saya, saya anak setan dan macam-macam lagi. Mohon saya, jangan ganggu ibu bapa. Sama seperti orang lain, mereka memberi didikan sebaik mungkin kepada anak. Ini adalah kesilapan dan kecuaian saya, jangan babitkan mereka. Cukuplah, mereka sangat tertekan, begitu juga abang dan dua adik saya. Tambah bersalah bila nama baik keluarga rakan saya (dalam gambar berkenaan) turut tercemar. Kejadian ini di luar kawalan saya dan diharap mereka dapat memaafkan saya.

MA: Cuai? Apa maksud anda.

Z: Seperti dijelaskan sebelum ini, ketika menghadiri majlis itu, saya memakai baju hitam untuk menutup bikini. Saya hanya menanggalkan baju hitam itu bila merakam gambar peribadi dan menyarungnya kembali selepas itu. Semua koleksi peribadi saya simpan dalam komputer riba dan silap saya suka meletakkan komputer itu merata-rata. Malangnya, ada orang sengaja mengambil kesempatan dengan menyebarkan gambar itu di internet. Saya tidak mahu menuduh sesiapa, biar Tuhan membalas perbuatannya. Mungkin niatnya mahu memalukan saya.

MA: Banyak cerita panas mengenai anda menjadi sebutan ramai. Sebagai orang tua, pasti ibu bapa menegur anda. Jika tidak keberatan, boleh kita berkongsi?

Z: Mereka cakap jadikan ini sebagai pengajaran. Jaga tingkah laku dan jangan ulangi kesilapan itu. Bila bergelar artis, hidup saya umpama di bawah mikroskop. Apa yang saya lakukan pasti jadi perhatian, apatah lagi cerita buruk. Sebab itu kena pandai jaga diri dan fikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu.

Info : Harian Metro

@--BookMark Me -->>bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark bookmark


Your Ad Here


Enter your email address and click Subscribe to show your support & get updated.


One Response to “Pengajaran Buat Zarina An-Julie”

  1. zarina Says:

    [...] [...]



Leave a Reply

Your Ad Here
InspectorWordpress has prevented 0 attacks.
AWSOM Powered

Warning: stristr() [function.stristr]: Empty delimiter. in /var/www/blog-maiz-tech-net/wp-content/plugins/wassup/wassup.php on line 2093